1. Bekas kekasih saya adalah :
# orang-orang yang saya tak nak jumpa
2. Saya sedang mendengar :
# Rihanna's Hatin'on the Club
3. Mungkin saya patut:
# menjadi lebih aktif dalam sukan; berenang seperti dulu...
4. Saya suka :
# berjalan-jalan, melancong dan berjumpa dengan kawan
5.Sahabat-sahabat baik saya :
# semua yang saya selalu ingati walaupun saya tak hubungi mereka tetapi mereka adalah "batu asas" saya selain keluargaku
6.Saya tak paham :
# Kenapa ada lelaki (perempuan) yang suka tipu dan suka main kayu tiga/empat/xxxx!
7.Saya kehilangan :
# masa selama 2 tahun lebih kerana "si dia"
8.Ramai yang berkata :
# saya ini nampak kuat tetapi lembut sebenarnya..ya ke?
9.Makna nama saya :
# tak ada maknanya
10.Cinta itu adalah :
# risiko yang tinggi tetapi indah diambil...
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
# teringatkan saya
12.Saya akan cuba :
# Mengurangkan sikap pemalas dan pemarah
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
# "saya lebih suka mengetahui benda buruk dari awak, daripada ketahuinya dari orang lain atau saya tahu dengan sendiri"
14.Telefon bimbit saya :
# Nokia biasa aja
15.Bila saya terjaga dari tidur :
# Saya akan baring sambil memikirkan apa nak buat
16.Saya paling meluat apabila :
# Ada orang yang suka menipu
17.Pesta/Parti adalah :
# tempat untuk berkawan dan lepaskan stres
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
# Kucing saya
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
# semasa di universiti...peringkat kebebasan!
20.Hari ini :
# saya sakit perut sangat tapi gembira dengan kehidupan saya
21.Malam ini saya akan :
# tengok TV sambil bermain dengan si comel-comel di rumah..my "babies"
22.Esok pula saya akan :
# ke tempat kerja
23.Saya betul-betul inginkan :
# kehidupan yang bahagia dan tanpa stres
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
# saya sedang meletak krim muka
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
# membeli-belah, saya kan perempuan
26.Makanan Barat atau Jepun :
# dua-dua ok
27.Bilik yang terang atau gelap :
# bilik yang gelap untuk tidur.
28.Makanan segera adalah :
# kegemaran saya.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
# tolong jangan hubungi saya lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment